Asal usul
Ia adalah
sejenis permainan yang dikenali sebagai teng-teng. juga dikenali sebagai
Ketinting ialah permainan yang selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini
kerana, Kebiasaannya permainan ini
dimainkan oleh kanak-kanak perempuan kerana permainan ini tidak begitu
lasak.
Permainan ini hanya memerlukan di gelanggang yang
kecil sahaja. Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua
hingga empat orang didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang
tetap untuk jumlah orang di dalam satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat
pemain didalam satu gelanggang, ia akan memdatangkan kesukaran untuk setiap
pemain untuk berteng-teng.
Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di
atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam satu gelanggan. Selain
gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang menandakan
kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.
Teng-teng
dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat
orang sahaja. Sekiranya lebih,ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap
pemain untuk bermain kerana gelanggang teng-teng hanyalahbersaiz kecil sahaja.
Dibawah ini merupakan gelanggang teng-teng
Dikawasan kampung, gelanggang dibuat dengan
hanya mengoreskan nya di atas tanah manakala di kawasan perumahan yang tidak
mempunyai halaman kapur bertulis akan digunakan untuk dilukis di atas jalan
bertar. Ada sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang.
i)
membina rumah
Bagi
membina rumah pemain perlulah berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan
permulaan dan mencampakkan kedalam mana-mana petak dan
disitulah kedudukkan rumahnya. Sekiranya gundu yang dibaling terkena diatas
garisan maka pemain tersebut dikira kalah. Setiap pemain haruslah memijak
kedua-dua belah kaki di petak rumah dan tidak dibenarkan memijak petak rumah
lawan. Sekiranya pemain memijak atau lupa maka ianya dikira kalah.
ii)
Pemenang: Pemenang di kira berdasarkan jumlah rumah terbanyak yang
dapat di kumpulkan oleh pemain.
iii)
Pemati : Pemain dikira mati sekiranya buah dilontar atau kaki terkena pada
garisan petak. Pemain juga dianggap mati apabila memijak dua belah kaki
serentak kedalam sayap.
Cara Bermain:
Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi
siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai
lai li tam plong.
Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus
mancampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini
akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak dapat masuk
ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang
akan mengambil alih.
Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak
dengan menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak yang bersebelahan
dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak tersebut denga
menggunakan kedua kaki mereka.
Setelah pemain melompat kembali ke garisan
permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak
keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain dikehendaki
melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan seterusnya, gundu
harus dikutip di petak pertama. Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka,
harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.