BATU SEREMBAN (SELAMBUT)
Selambut
|
|
Pemain
|
1 - 5 atau lebih
|
Julat umur
|
tiada had
|
Masa penyediaan
|
-
|
Masa permainan
|
tiada had
|
Peluang rawak
|
Rendah
|
Kemahiran yang diperlukan
|
Melambung, menangkap
|
Selambut atau juga
dikenali sebagai Batu
Seremban atau Serembat ialah sejenis permainan tradisional yang
dimainkan di Malaysia.
Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala
di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Seremban. Ia
biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan
secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang.
Permainan
selambut cuma memerlukan beberapa biji buah. Guli kaca, biji getah, anak batu
kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan,
lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu, karung kain yang dijahit dan diisi
dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan.
Permainan ini
sering dimainkan di waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah, di taman
atau di mana sahaja yang terdapat permukaan yang rata dan bersih. Para pemain
duduk di atas lantai, dan bermain mengikut giliran
0 ulasan