Permainanlayang-layang,
juga dikenali dengan namawaumerupakan satu
aktiviti menerbangkan layang-layang tersebut diudara. Perkataan “wau” dikatakan
berasal dari perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) memandangkan negeri
sepertiKelantan,Terengganu,PerlisdanKedahmenggunakan
perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula
digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di pantai barat dan selatan
Semenanjung Malaysia sepertiSelangor,MelakadanJohor. Ini dapat dibuktikan
menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain
layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja. Selain itu kemunculan
nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada
wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut
akan menghasilkan bunyi "wau" secara berirama.
Permainan wau diadakan sebagai
hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk
pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi
keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan
ukurannya.
Sejarah wau
Di Malaysia
Kedatangan
permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan. tarikh serta
asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang
diMalaysiaberasal dari
negara China. Ini kerana rekabentuk serta ciri wau di Malaysia mempunyai
persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.
Layang-layang
pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi
layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari
negara China memandangkan hubungan Malaysia-China telah berlangsung sejak zaman
Greek lagi.
Kemungkinan juga
perkataan wau datangnya daripada perkataan Cina Hokkien (Fujian). Kata untuk
wau dalam dialek Hokkien ialah 'ao' di utara Malaysia.
Pada masa
dahulu, orang-orang Melayu diSingapuraturut
menggunakan layang-layang bagi menangkap ikan.
Jenis wau
Wau
bulan.
Berbagai jenis
dan bentuk wau telah dicipta. Antaranya wau burung, wau pari, wau katak, wau
bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah,
wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialahwau bulan.
3.Wau bulan-- Wau yang bahagian ekornya menyerupai bulan sabit atau tanduk dan
mengandungi bulan penuh di bahagian labu iaitu di antara bulan sabit dengan
sayapnya.
6.Wau daun-- Wau yang
menyerupai wau bulan tetapi tidak mempunyai bulan penuh. Ekornya lebih rapat ke
sayapnya yang panjang dan dapat diterbangkan oleh angin sederhana kerana ringan
dan berasal dari Siam atau Patani.
MUHAMMAD KHALIL ZUHAIRI BIN MOHD ZAIDI
LEPASAN: PhD Giat Mara Bahagian Kekomputeran
IZZUDIN BIN YAACOB
LEPASAN: Ijazah Giat Mara Bahagian Blog
AHMAD SULAIMAN BIN IBRAHIM
LEPASAN: Sijil Tinggi ( dua kali repeat sbb dok mari kelas ary khamis ) Lepasan Tesdec (wak malu je)