REBUT TIANG



Rebut Tiang
Pemain
5 atau lebih
Julat umur
tiada had
Masa penyediaan
-
Masa permainan
tiada had
Peluang rawak
Rendah
Kemahiran yang diperlukan
merancang, perunding, mengumpan


Rebut Tiang ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia. Rebut Tiang adalah permainan tradisional yang dimainkan di sebelah utara terutama diKedah. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak secara berkumpulan seramai lima orang ke atas.
Permainan Rebut Tiang cuma memerlukan rumah yang banyak tiangnya. Permainan ini sering dimainkan semasa permainan di halaman rumah tidak dapat dijalankan kerana hujan lebat.

Cara permainan
Para pemain akan mencakung dalam satu bulatan dengan kedudukan menghadap ke dalam bulatan. Apabila dikira 1, 2, 3, para pemain akan berlumba-lumba menuju ke mana-mana tiang pilihan dengan cara berjalan itik. Siapa lambat dia tidak dapat tiang untuk dibuat "rumah". Maka bermulalah kemelut merebut tiang dalam permainan merebut tiang ini.
Pemain yang berumah kemudian akan membuat perundingan secara senyap untuk membuat pertukaran tiang sesama sendiri, sementara pemain yang tidak bertiang itu akan berusaha merebut tiang ketika pertukaran berlangsung

Share:

0 ulasan